Pulau Perhentian Syurga Tropika Malaysia!

Dapatkan pengalaman snorkeling, island hopping, dan penginapan yang selesa — semuanya dengan harga yang berbaloi dan servis yang dipercayai.

Selamat Datang ke Genius Travel, Destinasi Percutian Genius Anda.

Genius Travel merupakan salah satu agen pelancongan di bawah Zeti Holiday Journey @ Blue Star Travel & Tour Sdn Bhd, yang telah membantu ribuan pelancong merasai keindahan Malaysia dari sudut terbaik — pulau-pulau yang memukau.

Kami menyediakan pakej percutian eksklusif ke Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar, dengan pelbagai pilihan menarik yang sesuai untuk keluarga, pasangan dan rakan-rakan.

Peta Pulau Perhentian

Lihat kedudukan lokasi utama di Pulau Perhentian termasuk tempat penginapan, lokasi snorkeling, tapak hiking, restoran dan jeti utama.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian utama:

  • Perhentian Besar – Tenang, sesuai untuk keluarga dan pasangan. Kebanyakan resort, kawasan penginapan mewah, dan pantai eksklusif terletak di sini.

  • Perhentian Kecil – Meriah dan lebih “backpacker-friendly”. Sesuai untuk pelajar, traveller bajet dan mereka yang sukakan suasana santai dan sosial.

Kenapa Pilih Pulau Perhentian?

Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, ia terdiri daripada dua pulau utama — Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pilih Pakej yang Sesuai

Pilih pakej mengikut bajet dan keselesaan anda. Pakej kami sentiasa updated dari semasa ke semasa untuk menjamin harga kami adalah yang terbaik.

Pakej Affordable

Untuk yang inginkan pengalaman percutian lebih selesa, eksklusif dan tak mahu pening kepala langsung.

Pakej Premium

Untuk yang inginkan pengalaman percutian lebih selesa, eksklusif dan tak mahu pening kepala langsung.

Pakej Budget

Untuk pelancong solo, pelajar atau backpacker yang nak enjoy Perhentian pada harga yang terendah.

Water Taxi

Kemudahan Water Teksi di Pulau Perhentian
Di Pulau Perhentian, salah satu kemudahan utama yang memudahkan pergerakan pelancong ialah perkhidmatan Water Teksi. Disebabkan pulau ini tidak mempunyai rangkaian jalan raya yang luas, pengangkutan utama antara lokasi ialah melalui bot.

Water teksi beroperasi sepanjang hari dan boleh disewa untuk perjalanan antara pantai, resort, atau ke lokasi aktiviti seperti snorkeling point, Windmill Viewpoint, Shark Point, dan lain-lain. Ia dikendalikan oleh pengendali tempatan yang berpengalaman dan sangat arif dengan kawasan sekeliling.

Itinerari Untuk 3H2M Pulau Perhentian

===================
📆Hari Pertama
===================

9.00 am ➡️ bot ke resort/chalet (setiap jam ada bot)

12-2pm ➡️ check-in (boleh check-in awal jika ada bilik tersedia), free & easy
(cadangan aktiviti, hiking windmill, sunbathing, kayak dan sebagainya)

====================
📆Hari Kedua

====================

8.00 am ➡️ sarapan (pakej)

10.00 am ➡️ snorkeling trip

2.00 pm➡️ lunch di Kg Nelayan (pack lunch disediakan untuk pakej sharila)

4.00 pm➡️ free & easy

===================
📆Hari Ketiga

===================

8.00 am ➡️breakfast (pakej)

8/12 TENGAH HARI/4 PETANG ➡️ Bot balik ke Kuala Besut
(Check-out yang dibenarkan maksimum 12tengahari)

Itinerari Untuk 2H1M Pulau Perhentian

===================
📆Hari Pertama
====================
08.00 AM ➡️ Pendaftaran & pembayaran baki

09.00 AM ➡️ Perjalanan ke pulau besar

10.00 AM ➡️ Berkumpul untuk Snorkeling

10.15 AM ➡️ Snorkeling full point

03.00 PM ➡️ Makan tengah hari di Kg Nelayan (Sendiri)

04.00 PM ➡️ Bebas ke windmill/longbeach Rest & Relax (hiking) *guna water taxi*

08.30 PM ➡️ Dinner

====================
📆Hari Kedua
====================

11.00 AM ➡️ Check Out.
8/12 TENGAH HARI/4 PETANG ➡️ Bot balik ke Kuala Besut

NOTA : Jadual perjalanan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan pihak kami berhak menukar dan menyusun atur semula jadual perjalanan.

Kenapa Bercuti di Pulau Perhentian Bersama Akademi Genius?

Pakej Lengkap & Jimat

Tak perlu pening – semua dah termasuk! Dari bot pergi balik, penginapan, makanan, snorkeling, sampai hiking pun kami uruskan.

Pengurusan Trip yang Teratur

Jadual perjalanan kami tersusun, masa terjaga, dan setiap peserta tahu apa aktiviti seterusnya. Tak ada istilah terbiar atau bosan.

Sesuai untuk Semua Bajet

Sama ada anda pelajar, pasangan honeymoon, keluarga besar atau solo traveller, kami ada pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan anda

Servis Mesra & Responsif

Kami percaya servis yang baik menjadikan percutian lebih bermakna. Team Akademi Genius sentiasa mesra, membantu dan pantas menjawab sebarang soalan.

Aktiviti Menarik Termasuk

Apa kata pelanggan kami

Tempah Percutian Anda Sekarang!

Tak pasti pakej mana sesuai untuk anda? Kami bantu cadangkan mengikut bajet dan bilangan peserta.

Percutian Bijak, Pengalaman Hebat!

Hubungi Kami
This is a staging environment